Perkampungan Latihan Wood Valley













Konsep Woodvalley Village dibangunkan sebagai pusat latihan adalah untuk menjana motivasi pengunjung dengan program-program yang disediakan di samping lokasinya yang dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi lantas memberikan impak yang positif lagi efektif kepada para peserta kursus.





















Ia juga merupakan salah sebuah pusat latihan untuk Induksi Umum (sebelum 2012) Kursus Kenegaraan (sebelum 2011). Antara agensi kerajaan yang telah mengikuti kursus Kenegaraan di pusat latihan Wood Valley Village  ini adalah dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan  Jemaah Pemasaran  Lada Hitam dan lain-lain.

Tarikan dan keistimewaannya pusat latihan ini adalah lokasinya yang menarik kerana ianya berdekatan dengan pusat-pusat rekreasi yang lain seperti Bukit Cenuang, Gunung Nuang, Sungai Tekala, Sungai Gabai dan kolam air panas.

Diantara kemudahan yang terdapat di Wood Valley adalah;






Dewan Syarahan
Surau
Kafeteria
Bilik Penginapan Berhawa Dingin dan TV Astro
Penyediaan Makanan, Minum dan BBQ
Kemudahan Aktiviti Luaran untuk Hari Keluarga
dan Teambuilding
WOOD VALLEY VILLAGE merupakan sebuah pusat latihan dan rekreasi di bawah pengurusan Geo Power System (M) Sdn. Bhd. yang bertemakan alam semulajadi. Tempat bersesuaian bagi mereka yang inginkan suasana kedamaian dan ketenangan. Berlatarbelakangkan Gunung Nuang dan kedinginan Sungai Congkak pasti memberi ketenangan buat mereka yang ingin merehatkan minda daripada kesibukan kotaraya Kuala Lumpur.
Tempat ini berupaya memikat hati anda dan yang pasti, keistimewaannya terletak pada rama-rama yang sangat unik iaitu spesis Rajah Brooke yang hanya boleh dijumpai di sungai-sungai yang airnya bersih seperti di Sungai Congkak.

Kini, selain dibuka untuk penempatan Kursus Transformasi Minda (PTM) dan Kursus-kursus jangka pendek, tempat ini juga dibuka untuk penginapan pengunjung dan panganjuran dan penempatan untuk Hari Keluarga dan Program Teambuilding.
Klik untuk lihat Peta Lokasi WoodValley Village
Klik untuk muat turun brochure WoodValley Village
Loading