Program Transformasi Minda
Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi selaras dengan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Proses transformasi minda perlu bagi membangunkan modal insan secara holistik, merangkumi keupayaan sahsiah dan intelektual yang mesti dimiliki oleh pegawai awam bagi memandu pemikiran dan perlakuan dalam rutin harian.

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.

Objektif PTM adalah untuk:


























Untuk tujuan itu, pihak kami dengan sokongan dan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam, sedia memberikan khidmat rundingan dan penganjuran program ini, sebagaimana yang telah kami lakukan selama lebih 10 tahun untuk penganjuran kursus Induksi sebelum ini.

Bahagian Latihan di setiap jabatan atau kementerian kerajaan yang berminat untuk menganjurkan PTM bagi pegawai / kakitangan bawahan mereka, dialu-alukan untuk menghubungi dan berbincang dengan pihak kami.

Anda hanya perlu menghubungi mana-mana pegawai kami atau mengisi borang online Request for Proposal jika berminat untuk memilih kami sebagai perunding untuk menjayakan Program Transformasi Minda untuk kakitangan di Bahagian /Jabatan / Kementerian anda.

Klik butang di bawah untuk mengisi Borang Request For Proposal bagi khidmat rundingan Program Tranformasi Minda.
 
 
«  Borang Request For Proposal »
1.
memberi pendedahan mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara serta sistem pentadbiran kerajaan;
2.
memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam Perkhidmatan Awam;
3.
menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan
4.
menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.
Loading