Program Bersepadu Potensi Dan Kompetensi
(PROSPEK)
Pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi melalui Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) telah diperkenalkan di bawah Sistem Saraan Malaysia. Berikutan dengan pemansuhan PTK dan pengenalan SBPA, Kerajaan telah bersetuju supaya sistem pengurusan kompetensi berterusan diwujudkan sebagai mekanisme pembangunan kompetensi dan potensi yang menyeluruh dan dilaksanakan sepanjang kerjaya pegawai. Ini bertujuan melahirkan pegawai berprestasi tinggi ke arah peningkatan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.
Objektif PROSPEK adalah;
a) menilai kompetensi dan mengenal pasti potensi pegawai;
b) membangunkan kompetensi dan potensi pegawai di sesuatu gred jawatan;
c) meningkatkan pembangunan diri dan peluang kemajuan kerjaya pegawai; dan
d) melahirkan pegawai berprestasi tinggi.
PROSPEK melibatkan elemen penilaian dan pembangunan kompetensi serta potensi pegawai. Penilaian adalah bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi dan potensi pegawai untuk menyandang gred lebih tinggi yang dibuat berasaskan kompetensi pegawai dalam melaksanakan tugas semasa. Pegawai yang melepasi tahap penilaian yang ditentukan, seterusnya dibangunkan kompetensi dan potensinya bagi memastikan pegawai berkaliber untuk melaksanakan tugas di gred yang lebih tinggi.
Untuk tujuan itu, pihak kami dengan sokongan dan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam, sedia memberikan khidmat rundingan dan penganjuran program ini, sebagaimana yang telah kami lakukan selama lebih 10 tahun untuk penganjuran kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum ini.
Bahagian Latihan di setiap jabatan atau kementerian kerajaan yang berminat untuk menganjurkan Program PROSPEK bagi kakitangan / pegawai-pegawai bawahan anda, dialu-alukan untuk menghubungi dan berbincang dengan pihak kami.
Anda hanya perlu menghubungi mana-mana pegawai kami atau mengisi borang online Request for Proposal jika berminat untuk memilih kami sebagai perunding untuk menjayakan Program PROSPEK untuk kakitangan / pegawai-pegawai di Bahagian /Jabatan / Kementerian anda.
Klik butang di bawah untuk mengisi Borang Request For Proposal bagi khidmat rundingan Program PROSPEK.