
|
1.
|
Amalan Persekitaran Berkualiti 5S
Kaedah Amalan Persekitaran Berkualiti 5S adalah menjadi salah satu
pendekatan terbaik bagi mengubah persekitaran pejabat menjadi kemas,
teratur dan kondusif yang berjaya. Pelaksanaan Amalan 5S yang
menyumbang kepada persekitaran berkualiti ini juga dapat melahirkan
warga kerja yang bermotivasi, kreatif, inovatif dan berdaya saing untuk
mencapai kecemerlangan.
|
|
|
2.
|
Asas Pertolongan Cemas dan CPR
Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang
cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh
seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang
malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau
kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum
tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup
dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian
darinya.
|
|
|
3.
|
Kesedaran Terhadap Keselamatan & Kesihatan
Pekerjaan
Kesihatan dan keselamatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang
bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja.
Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam
sesebuah organisasi syarikat. Kursus ini akan memberikan
pengettahuan dan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
|
|
|
4.
|
Pemanduan Berhemah & Cemerlang
Pengetahuan dan kemahiran kerja adalah satu kemahiran yang
dirasakan amat perlu bagi semua pemandu. Pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang pemanduan ditambah dengan kemahiran
interpersonal serta penyelenggaraan kenderaan pastinya akan
meningkatan jatidiri dan mutu kerja kumpulan ini. Pendedahan kepada
penyelenggaraan kenderaan akan memberikan mereka satu gambaran
baru tentang penjagaan kenderaan dengan cara yang betul.
|
|
|
6.
|
Persediaan Pra Persaraan
Persaraan ialah realiti hidup kakitangan awam dan swasta. Disukai atau
tidak, ia adalah perubahan corak hidup yang perlu diurus dengan
bijaksana. Beberapa kajian yang pernah dijalankan oleh pihak-pihak
tertentu mendapati sebahagian besar pesara hanya seronok menikmati
persaraan mereka dalam jangkamasa yang singkat. Untuk jangka masa
panjang, ramai yang mensia-siakan masa dan usia emas mereka
melalui aktiviti yang tidak produktif.
|
