Loading
ADMINISTRATION & SUPPORT
Our Programmes
1.
Pembantu Tadbir Cemerlang
Seorang Pembantu Tadbir bukan hanya bertanggungjawab terhadap
arahan orang atasannya sahaja malah semestinya perlu mahir dalam
mengurus pejabat dengan cemerlang kerana pengurusan pejabat yang
cekap akan melambangkan identiti organisasinya. Pembantu Tadbir yang
berkesan akan melancarkan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan
kepadanya. Kursus ini dapat membantu para peserta untuk
meningkatkan professionalisme kerjaya mereka yang bergelar sebagai
Pembantu Tadbir.
 
2.
Pengurusan Pejabat Fail & Rekod
Dalam keadaan persaingan dan cabaran pasaran yang semakin
kompetitif, adalah penting untuk membina pendekatan inovatif dan
proaktif dalam meningkatkan perkhidmatan organisasi yang bertaraf
dunia. Atas tujuan berkenaan, sudah tiba masanya untuk kita menilai dan
melaksanakan kemajuan pada sistem fail, rekod dan pengurusan
pejabat yang efektif. Kursus ini akan memastikan kakitangan pentadbiran
akan menjadi lebih cekap dan berkeyakinan di dalam kerja mereka dan
dapat menyumbangkan kepada peningkatan produktiviti pentadbiran
organisasi.
 
3.
Perkhidmatan Kaunter & Pelanggan Cemerlang
Kualiti perhubungan dan perkhidmatan pelanggan kakitangan-kakitangan
hadapan (atau kaunter) organisasi boleh menentukan imej, kejayaan
atau kegagalan sesebuah organisasi.

Pengurusan kaunter yang cekap dan baik akan memberi gambaran yang
positif terhadap imej organisasi. Melalui kursus ini peserta dapat
mempertingkatkan lagi khidmat kaunter selaras dengan standard yang
telah ditetapkan oleh organisasi.
 
4.
Memperkasa Kecemerlangan Motivasi Diri
Program ini dapat membentuk individu mendisiplinkan diri dengan
pekerjaan serta hubungan yang lebih baik diantara pihak atasan dan
rakan sekerja bagi mencapai matlamat individu dan syarikat. Ianya juga
dapat melahirkan keterampilan individu yang lebih bersemangat di dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja.
 
5.
Pembangunan Setiausaha Professional
Sebagai seorang yang profesional, golongan ini sudah pastinya
mempunyai hasrat dan keinginan untuk mempamerkan kecekapan,
keyakinan, gaya yang sesuai dan sepadan dengan tugas serta
tanggungjawab yang diberikan. Setiausaha yang profesional tidak
mengira siapa bos mereka.Persekitaran pejabat hari ini telah berubah
dengan begitu pesat sejajar dengan perubahan dalam teknologi
maklumat yang kini memberi kesan mendalam terhadap kerja - kerja
kesetiausahaan.
 
6.
Budaya Kerja Cemerlang
Budaya kerja cemerlang dalam sesebuah organisasi biasanya dikaitkan
dengan sistem nilai, norma, sikap dan etika kerja yang dipegang
bersama oleh setiap kakitangan. Empat elemen ini menjadi asas untuk
mengawal perlakuan kakitangan, cara mereka berfikir, berhubung antara
satu sama lain dan berinteraksi dengan persekitarannya. Oleh itu, usaha
berterusan untuk meningkatkan kualiti etika kerja, disiplin dan motivasi
setiap tenaga kerja organisasi adalah amat penting agar mereka akan
lebih berupaya melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan dengan berkesan, produktif dan cemerlang.
 
7.
Membina Pasukan Kerja Cemerlang (Teambuilding)
Setiap organisasi sama ada kerajaan atau swasta, memerlukan pegawai
dan kakitangan yang cemerlang dalam segala aspek kerja.
Kecemerlangan yang sebenar-benarnya tidak dapat dihasilkan oleh
individu atau kumpulan individu yang mempunyai ilmu, kemahiran, dan
kesihatan semata-mata. Ada lagi faktor lain yang perlu ada pada setiap
individu tersebut termasuk semangat kerja berpasukan dan semangat
kekeluargaan dalam organisasi.
 
Download Brochure
Our training courses for administration and support personal empower you with the skills to reach your career goals.